Assalamualaikum abah-abah!

Buat kali pertama saya mencatat dalam blog ini sebagai langkah sulung saya menceburi bidang baru. Saya menulis dalam platform lain dan naluri saya mengajak saya mencuba sesuatu yang baru iaitu blogging.

Saya bersedia dengan apa saja kesalahan yang akan menjadi guru dalam platform ini. Sebenarnya blog ini nanti akan dipenuhi dengan catatan berkenaan menu dan resipi masakan. Ya, masakan. Sesuatu yang saya minat. Sesuatu yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh kita, golongan abah. Ya, team abah-abah.

Kepada abah-abah di luar sana, especially yang tak reti memasak atau tak pernah memasak, cubalah untuk kali pertama. Stigma mesti makan di mamak ketika bujang harus kita perlahan-lahan kikis. Abah-abah haruslah yakin untuk memasak kerana pada saya, memasak tak punya undang-undang. Kita masak cara kita. Asalkan ok dan boleh telan serta tak memudaratkan, why not kan?.

Saya juga seorang abah kepada tiga orang anak yang masih kecil. Yang sulung pun berumur tujuh tahun. Bangga untuk saya katakan di sini bahawa saya tidak pernah masuk mana-mana kelas masakan dan tidak juga pernah belajar memasak di mana-mana institusi, akademi atau kolej. Cumanya saya minat. Kepada yang tak minat, jangan risau, ianya boleh dipupuk.

Saya hanyalah seorang lelaki yang belajar memasak dengan mak saya. Belajar hiris bawang, potong cili, siang ikan dan lain-lain. Saya bukanlah pandai pun memasak ni, cuma saya percaya bahawa setiap lelaki especially abah-abah, sepatutnya boleh memasak walaupun sekadar memasak asas kepada makanan yang akan kita makan sendiri.

Saya melihat sendiri seorang sahabat yang tidak tahu langsung apa nak dibuat bila ada di dapur. Bila bujang (bini balik kampung), dia hanya ke mamak. Masak mi segera pun dia tak tahu. Enough is enough. At least kita kena tahu juga sikit-sikit. Kalau ada basic, at least boleh juga tolong-tolong bini kat dapur kan?. Takkan bini tengah pantang, kita nak suruh dia tanak nasi juga?. Rileks la abah-abah, cuba dulu baru tahu.

Tahukah anda, cinta dan sayangnya anak-anak kepada ibu punya banyak faktor. Dari kecil kita makan hasil dari air tangan ibu. Bayangkan kalau ibu dan abah sama-sama memasak sepanjang membesarkan anak-anak. Percayalah, perspektif anak terhadap abah akan sedikit lain. Dah la abah yang masak, abah juga yang suap ke mulut anak-anak. Sekali sekala apa ada hal kan?.

Abah-abah suka atau tidak, kena percaya diri.
Ingatlah, tak semestinya masak kari itu wajib ada santan. Yang wajib ada adalah kari.

Kita taklah pandai sangat, tapi boleh la.

Ulasan